Penjaga hati ku,
no 16,jln langit ke 11,
pintu gerbang 89.
161189,
indera fantasi.
07/05/2009
Assalamualaikum ,
Kehadapan penjagaku yg mungkin sedang sibuk mencari jawapan . apa kabar kamu ? tujuan warkah ini adalah untuk mengucapkn ribuan trimas terhadapmu . aku mengerti kesibukan mu mencari segala jawapan untuk soklan2 di pale otakku ini .
Wahai penjaga , aku byk soklan untuk kau jawab . mana janji2 mu ? janji2 mu untuk menjagaku ? untuk pastikan hati ini tidak disakiti , untuk pastikn ku gembira senantiasa . kau tinggalkn aku keseorangan . aku hilang di telan perasaan , aku lemas di kelilingi manusia yg tiada arah hidup . kembalilah disampingku . lindungi lah aku .
Aku sedih . knapa kau xlarang aku dr berkenalan dgn manusia yg tidak faham konsep persahabatan . yg hanya mengambil kesempatan . yg ada hanya lakonan . mungkin itu cara kau mengajarku . atau mungkin juga balasan untuk perbuatan ku . kau ingat x perbualan kita tempoh hari ? sewaktu bulan mengambang , dan ku keseorangan .
Aku : kenapa aku sentiasa menyakiti hati org yg sygkn aku ? kenapa aku mudah untuk membuat mereka mengalirkn air mata untuk ku ? knape aku susah untuk bersyukur dgn kehadiran mereka ?
Penjaga : KERANA KAU ADALAH KAU !
Aku : begitu mudah jawapannya ? tp kenapa kau xtlg betulkan diri ku ini ? sedangkan tugas kau adlh untuk membentuk aku menjadi manusia ?
Penjaga : KERANA KAU ADALAH KAU !
Mendalam . tp aku masih tidak dpt sepenuhnya . aku faham , Cuma susah untuk aku berubah hanya dengan perkataan itu . aku memerlukan pertolongan mu . aku tahu kau mengerti . tujuanmu juga telah ku tahu . tp untuk menguatkn semangatku , untuk menjadikan aku seorang yg tabah .. ku katakan , tidak cukup hanya sekadar itu . pulanglah kesisi . pulanglah menemaniku .
Tapi , pd masa yg sama . kau bg aku kehidupan , kecerian ,senyuman dan gelak tawa . kau beri aku kawan yg setia , keluarga yg gila ( sengal ) . aku amat berterima kasih . bila difikirkan balik , kau berikn aku kehidupan yg cukup sempurna . tp aku sebagai manusia biasa yg berdiri atas pentas melakonkn pelbagai watak , aku mudah lupa siapa aku yg sebenar .
Selesai warkah ini , aku mulai sedar apa yg kau cuba sampaikn selama ini . maafkn aku pertikaikan semuanya . maafkan aku kerna menjadi manusia . segala persoalan , sudah terjawab oleh kau . Cuma .. aku memerlukan waktu untuk segalanya ..
p/s : kalu siapa yg faham , mereka akn kenal siapakah penjagaku ini .. maafkan aku jika ada pemahanku yg terlampau cetek atau tersilap bahasanya . aku juga manusia biasa seperti kalian ..
No comments:
Post a Comment